Tuesday, 26 July 2016

ASAL USUL BAHASA MELAYU


Rajah 1.1 Hierarki asal usul bahasa melayu

  • Bahasa Melayu termasuk dalam rumpun austronesia. Kata Austronesia berasal daripada kata Yunani kuno yang bermaksud pulau selatan benua Asia. Kebanyakkan bahasa Austronesia ini terdapat di pulau.
  • Sebelum abad ke-19, Austronesia dikenali dengan nama Melayu-Polinesia. Pada akhir abad ke-20, Melayu-Polinesia diberi takrif baharu dengan memasukkan bahasa Austronesia, tetapi tidak termasuk bahasa Formosa, iaitu bahasa di pergunungan Taiwan.
  • Bahasa Melayu ini mempunyai kaitan dengan bahasa Hawaii, Samoa, Fiji dan Maori di lautan  Pasifik serta bahasa Malagasi di Madagascar.
  • Kawasan penyebaran bahasa melayu meliputi Malaysia, Indonesia dan Filipina, yang sama luasnya dengan kawasan penyebaran bahasa Indo-Eropah.


  • Dua kelompok nenek moyang orang melayu :
    • Yunan, China : Melayu Proto atau melayu kuno. Tiba di Nusantara sejak SM 2,500
    • Asia Tengah   : Melayu Deutro atau melayu moden. Tiba di Nusantara sejak SM 1,500
  • Melayu Proto berpecah menjadi orang Jakun, Laut, Kanak, Temuan, Biduanda.
  • Melayu Deutro memperkembangkan bahasa Jawa, Dayak, Minangkabau, Batak, Visaya.
  • Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan "Mlayu" bermaksud berlari atau mengembara. Ianya dipadankan dengan orang Indo-Melayu yang bergerak dari Yunan.

    RUMPUN BAHASA MELAYU


    • Rumpun Bahasa Melayu-Polinesia ialah satu sub-kumpulan bahasa Austronesia yang dituturkan oleh lebih kurang 351 juta penutur yang tersebar luas di negara-negara pulau Asia Tenggara dan Lautan Pasifik, dengan bilangan yang lebih kecil diAsia benua.
    • Bahasa Malagasy dalam sub-kumpulan ini dituturkan di Madagascar di Lautan Hindi, satu kawasan yang paling terpencil dari segi geografi.
    • Satu ciri bahasa-bahasa Melayu-Polinesia ialah kecenderungan untuk menggunakan ulangan (pengulangan sebahagian atau seluruh perkataan) untuk menyatakan kata jamak dan serupa dengan bahasa-bahasa Austrolesia yang lain, mempunyai fonologi yang mudah.
    • sebuah teks hanya terdiri daripada beberapa bunyi tetapi bunyi-bunyi itu kerap diulangi. Kebanyakan bahasa Melayu-Polinesia juga tidak mempunyai banyak vokal pertuturan (biasanya lima), serta tidak mempunyai gugus konsonan (umpamanya [str] atau [mpt] dalam bahasa Inggeris).


    KEDUDUKAN BAHASA MELAYU

    • Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa yang digunakan dalam 200 bahasa yang terdapat dalam Kepulauan melayu.
    • Bahasa Melayu ini juga menjadi bahasa kebangsaan kepada Negara Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.
    • Selepas kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957, bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan Malaysia. Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan bahasa melayu dipilih untuk dijadikan Bahasa kebangsaan.
    • Faktor yang pertama ialah peratusan pentutur bahasa melayu di Semenanjung Malaysia pada masa itu.
    • Peratusan sebanyak 49.78% bagi masyarakat Melayu. Menjadikan masyarakat melayu merupakan pentutur bahasa yang paling banyak di Malaysia berbanding dengan masyarakat Cina 37.1% dan masyarakat India 11.0%

    STATUS DAN FUNGSI BAHASA MELAYU


    • Sebagai Bahasa Kebangsaan
    • Sebagai Bahasa Rasmi
    • Sebagai Bahasa Perpaduan
    • Sebagai Bahasa Pengantar
    • Sebagai Bahasa Ilmu
    • Sebagai Bahasa Komunikasi

    No comments:

    Post a Comment