Tuesday, 23 August 2016

TOPIK 2 :SEBUTAN DAN INTONASI

1.0 Pengenalan Dalam tajuk ini, pelajar akan diperkenalkan dengan sistem sebutan iaitu prinsip apa yang digunakan untuk membunyikan perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu.

2.0 Hasil Pembelajaran Di akhir pengajian, pelajar akan:
    2.1 Memahami prinsip-prinsip sebutan perkataan dalam bahasa Melayu.
    2.2 Boleh membunyikan perkataan-perkataan Melayu dengan betul mengikut prinsip-prinsip ejaan Bahasa Melayu.

3.0 Senarai Tajuk
   3.1 Prinsip sebutan
   3.2 Sebutan Huruf vokal
   3.3 Sebutan huruf konsonan
   3.4 Sebutan gugus konsonan
   3.5 Sebutan huruf diftong

4.0 Istilah

4.1 Vokal Vokal ialah bunyi. Huruf vokal ialah huruf yang mempunyai bunyi, dan boleh memberikan bunyi pada huruf konsonan.

4.2 Konsonan Konsonan ialah huruf lain yang bukan huruf vokal.

4.3 Diftong Bunyi baru yang dihasilkan akibat dari geluncuran bunyi atau gabungan dua huruf vokal yang berbeza.

4.4 Gugus Konsonan Gabungan dua huruf konsonan yang memberi bunyi baru yang berbeza.

4.5 Suku kata Bahagian perkataan yang berasaskan kehadiran vokal. Ditandai oleh suatu vocal dan wujud sebagai satu vokal atau bersama-sama dengan konsonan.
5.0 Tajuk
  5.1 Prinsip Sebutan
    5.1.1 Persembahan Sebutan dalam bahasa Melayu adalah berasaskan sistem sebutan baku. Baku bermakna standard atau piawai. Sistem baku bermakna perkataan dibunyikan seperti mana ia dieja. Bagaimana sesuatu perkataan itu dieja, begitulah cara dia disebutkan (atau dibunyikan). Penggunaan system baku bermakna pemakaian bunyi ejaan adalah sama sahaja di mana-mana bahagian di seluruh negara. Oleh kerana sebutan perkataan adalah berdasarkan ejaan, maka pelajar perlu tahu empat kumpulan asas huruf-huruf dalam bahasa Melayu supaya dapat membunyikan perkataan (atau menyebut perkataan) dengan betul. Sistem ejaan bahasa Melayu terbahagi kepada empat jenis iaitu: 
      (i) Huruf vokal: a, e, ě, i, o, u
      (ii) Huruf diftong: ai, au, oi
      (iii) Huruf konsonan: huruf selain huruf vokal
      (iv) Huruf konsonan gabungan: gh, kh, ny, ng, sy

    5.1.2 Aktiviti Gunakan Google untuk mencari maklumat tentang system bahasa baku.

 5.2 Huruf vokal
    5.2.1 Persembahan Dalam bahasa Melayu ada enam fonem atau bunyi vokal standard iaitu:
             a, e, ě, i, o, u
             Huruf vokal ini juga disebut ‘huruf hidup’ atau ‘huruf saksi’. Ini kerana huruf-huruf vokal ini mempunyai bunyi dan boleh juga member bunyi kepada huruf-huruf konsonan. Bunyi vokal dihasilkan tanpa gangguan dalam rongga mulut. Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan tidak tersekat atau terhimpit. Bunyi ini hanya dipengaruhi oleh keadaan lidah dan bentuk bibir.
             Terdapat dua jenis ‘e’ dalam kumpulan huruf vokal, iaitu:
             e pepet (contoh: emak, peta, semak, lemak, ketuk, beruk)
             ě taling (contoh: teko, petak, sate).
             Huruf Fonem Di depan di tengah di belakang a [a] a-pi pa-di ki-ta e (pepet) [ə] e-mak se-na pris-me e (taling) [e] e-nak pe-tak tau-ge i [i] i-tu sim-pan si-ni o [o] o-leh ko-ta pi-da-to u [u] u-sik tu-nas si-ku Sesalahan sebutan sering berlaku dalam sebutan vokal /u/. Dalam perkataan ‘unik’ misalnya kerap kali disebut ‘yu-nik’. Lihat contoh di bawah: Perkataan Sebutan salah Sebutan betul Unik yu-nik u-nik Unit yu-niy u-nit Universiti yu-ni-ver-si-ti u-ni-ver-si-ti

 5.3 Huruf Konsonan 
    5.3.1 Persembahan Huruf konsonan ialah semua huruf selain dari huruf vokal. Huruf konsonan berjumlah 21 huruf. Bunyi konsonan dihasilkan dengan gangguan oleh alat-alat sebutan sehingga jalan aliran udara dari paru-paru menjadi terganggu, dengan cara disekat atau dihalang dan udara keluar melalui rongga mulut atau tongga hidung.
       Contoh: b, c, d, f, g, h, j, k, l, m, n, p, q, r, s, t, v, w, x, y, z.
       Terdapat tiga konsonan yang hanya digunakan untuk perkataan pinjaman iaitu konsonan q, konsonan v dan konsonan x. Tiada istilah asal bahasa Melayu yang menggunakan konsonan-konsonan ini. Bunyi konsonan /q/ hamper sama dengan bunyi konsonan/k/. Bunyi konsonan /x/ hampir sama dengan bunyi konsonan /z/. Perhatikan contoh-contoh di bawah: Contoh: Konsonan Q Konsonan V Konsonan X bu-raq qa-dak qa-dar qur-an wu-quf ver-si vi-ta-min vo-ka-si-o-nal re-vo-lu-si sub-ver-sif xe-no-lit xe-no-mof xi-lo-fon xi-lo-faj xe-ro-fit Dalam bahasa Melayu ada 20 fonem konsonan yang dilambangkan oleh 21 huruf, seperti di bawah:
 - Bunyi Huruf di depan di tengah di belakang
          /b/ /c/ /d/ /f/ /g/ /h/ /j/ /k/ /l/ /m/ /n/ /p/ /q/ /r/ /s/ /t/ /v/ /w/ /y/ /z/ 

5.4 Gugus konsonan (konsonan gabung)
   5.4.1 Persembahan Gugus konsonan ialah gabungan dua huruf konsonan yang melambangkan satu bunyi konsonan yang baru. Apabil digabungkan, konsonan pertama dan konsonan kedua akan kehilangan bunyi asalnya. Bunyi baru yang terhasil adalah bunyi baru.
          Contoh:
          Bunyi Huruf Di depan di tengah di belakang /ğ/ gh ghaib maghrib Mubaligh /x/ kh khusus Akhir Tarikh /ŋ/ ng ngilu angin Pening /ń/ ny nyata hanya - /ś/ sy syarat isytihar Quraisy Dalam contoh di atas, bunyi perkataan ‘khusus’ bukanlah disebut ‘k-h-u-sus’ (4 suku kata) tetapi disebut ‘khu-sus’ (dua suku kata)

5.5 Huruf Diftong
   5.5.1 Persembahan Huruf diftong ialah gabungan dua bunyi huruf vokal yang berbeza yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah. Gabungan dua huruf vokal yang berbeza itu akan menghasilkan bunyi baru yang ketiga. Dalam bahasa Melayu ada tiga fonem diftong yang dilambangkan oleh gabungan dua huruf seperti di bawah:
           Bunyi Huruf diftong di depan di tengah di belakang /ai/ ai aising ghairah pandai petai tirai /au/ au aurat auto audit saudara gaulana harimau atau risau /oi/ oi oidium boikot amboi sempoi konvoi Berdasarkan contoh di atas, perkataan ‘auto’ disebut ‘au-to’ (dua suku kata) dan bukannya ‘a-u-to’ (tiga suku kata). Bunyi /a/ dan bunyi /u/ digabungkan menjadi bunyi /au/. 

5.6 Suku kata
   5.6.1 Persembahan Suku kata ialah pembahagian unit bunyi dalam sebutan Melayu untuk setiap perkataan. Unit bunyi ini dihasilkan oleh sekurang-kurangnya satu huruf vokal, atau gabungan satu huruf vokal dengan satu huruf konsonan. Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu boleh terbentuk dari satu suku kata hingga enam suku kata.
          Contoh:
          Perkataan Jumlah suku kata Contoh suku kata Eh 1 (1)eh Engkau 2 (1)eng (2)kau Ketawa 3 (1)ke (2)ta (3)wa Implikasi 4 (1)im (2)pli (3)ka (4)si Keselarasan 5 (1)ke (2)se (3)la (4)ras (5)an kebarangkalian 6 (1)ke (2)ba (3)rang (4)ka (5) li (6)an Berdasarkan contoh di atas, perkataan ‘engkau’ mempunyai dua unit bunyi iaitu /eng/ dan /kau/. Perkataan implikasi pula mempunyai empat unit bunyi iaitu /im/pli/ka/ dan /si/  suku kata.

6.0 Ringkasan

6.1 Sistem bunyi adalah perkara asas dalam pengajian bahasa Melayu.
6.2 Bunyi dalam perkataan Melayu dihasilkan oleh empat jenis iaitu huruf vokal, huruf konsonan, huruf diftong dan gugus konsonan.
6.3 Huruf vokal ialah huruf yang mempunyai bunyinya sendiri dan boleh memberi bunyi kepada huruf konsonan bila keduanya bergabung.
6.4 Huruf konsonan ialah semua huruf yang bukan jenis huruf vokal.
6.5 Diftong ialah gabungan dua huruf vokal yang berbeza yang menghasilkan bunyi baru.
6.6 Gugus konsonan ialah gabungan dua konsonan yang menghasilkan bunyi yang tidak sama seperti konsonan asal.
6.7 Suku kata ialah unit bunyi dalam perkataan Melayu. Setiap perkataan dalam bahasa Melayu mempunyai sekurang-kurangnya satu suku kata. Ada perkataan yang boleh mempunyai 6 suku kata.

No comments:

Post a Comment