1.0
Pengenalan
Dalam tajuk ini, pelajar akan diperkenalkan
dengan aspek intonasi dalam bahasa Melayu.
Untuk menguasai aspek intonasi ini, pelajar akan dibawa untuk memahami
empat jenis ayat iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan.
2.0
Hasil Pembelajaran
Di akhir pengajian, pelajar akan:
2.1
Mendapat
kemahiran untuk mengenalpasti intonasi dalam sesuatu ayat.
2.2
Boleh
membezakan intonasi dalam sesuatu ayat.
2.3
Berkemampuan
menggunakan intonasi yang betul dalam pertuturan.
3.0
Senarai Tajuk
3.1
Intonasi
dalam ayat
3.2
Ayat
penyata
3.3
Ayat
tanya
3.4
Ayat
perintah
3.5
Ayat
seruan
4.0
Istilah
4.1 Intonasi
Intonasi ialah nada turun naik dalam
sesuatu ayat. Intonasi berbeza-beza mengikut jenis-jenis ayat yang digunakan.
Intonasi yang betul boleh membezakan maksud dan objek dalam sesuatu pengucapan.
4.2 Ayat Penyata
Ayat
yang membuat pernyataan atau keterangan.
4.3 Ayat Tanya
Ayat yang digunakan untuk bertanyakan
sesuatu dan mengharapkan jawapan.
4.4 Ayat Perintah
Ayat
yang menyuruh atau memerintah
4.5 Ayat Seruan
Ayat
yang menyatakan emosi atau perasaan
5.0
Tajuk
5.1
Intonasi dalam ayat
5.1.1 Persembahan
Intonasi ialah naik turun nada dalam
pengucapan. Dalam bahasa Melayu, nada pengucapan mempunyai naik turun mengikut
jenis-jenis ayat.
Intonasi pengucapan dengan jelas dapat
dilihat melalui ayat-ayat berikut:
1. Ayat Penyata
2. Ayat Tanya
3. Ayat Perintah, dan
4. Ayat Seruan
Dalam bahasa penulisan, intonasi
digambarkan dengan penggunaan tanda baca Tanya (?) atau seruan (!) atau
kedua-duanya sekali.
Aspek intonasi penting dalam pengucapan
kerana boleh memberi mesej yang lebih jelas tentang tujuan pengucapan dibuat.
Contohnya apabila memarahi orang, mesej yang ingin disampaikan ialah perasaan
marah. Oleh itu intonasi tinggi atau keras digunakan.
Apabila ingin memujuk seseorang, intonasi
rendah pula yang digunakan. Ini kerana memujuk orang perlu dengan nada lembut
(iaitu nada rendah) dan bukan nada tinggi. Memujuk dengan nada tinggi akan
menggambarkan unsur paksaan.
5.1.2 Aktiviti
Bina ayat-ayat yang menggunakan nada
rendah, nada menaik, nada menurun dan nada tinggi.
5.2
Ayat Penyata
5.2.1 Persembahan
Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan
dengan maksud membuat sesuatu pernyataan atau memberi keterangan tentang
sesuatu hal. Ayat penyata berakhir dengan tanda nokhtah (.). Nada rendah digunakan
dalam ayat-ayat penyata. Tiada ada penegasan nada atau nada tinggi dalam
penggunaan ayat penyata. Tujuan ayat penyata ialah utuk memberi keterangan.
Contoh:
1. Kakak saya sedang tidur.
2. Emak saya pergi ke kedai.
3. Dia sedang memetik bunga di taman.
4. Bola itu berwarna biru.
5. Har ini hari Khamis.
Dalam ayat-ayat di atas, nada yang
digunakan adalah nada mendatar.
5.2.2 Aktiviti
Bina 15 ayat penyata. Baca semua ayat
tersebut dalam nada yang rendah.
5.3
Ayat Tanya
5.3.1 Persembahan
Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk
bertanyakan sesuatu atau bertanyakan seseorang. Ayat tanya disertai dengan
tanda tanya (?). Tujuan ayat tanya ialah untuk mendapat sesuatu jawapan.
Ayat tanya mempunyai nada tinggi.
Ayat tanya terbahagi dua iaitu ayat tanya
terbuka dan ayat tanya tertutup.
(a) Ayat Tanya Terbuka ialah ayat tanya
yang memerlukan jawapan yang berupa penerangan. Ayat tanya mempunyai kata tanya
(apakah, siapakah) sama ada di pangkal ayat atau di hujung ayat.
Contoh:
1. Apakah yang dibeli oleh emak?
2. Kamu ini siapa?
3. Siapakah lelaki yang memakai topi itu?
4. Warna manakah pilihan anda?
5. Apakah yang menyusahkan hatimu?
(b) Ayat Tanya Tertutup ialah ayat tanya
yang meminta jawapan yang tegas dan tepat iaitu sama ada ‘ya/benar’ atau
‘tidak/bukan’
Contoh:
1. Kamu mahu pergi atau tidak?
2. Sudah siap atau belum?
3. Setuju?
5.3.2 Aktiviti
Bina 10 Ayat Tanya dan kemudian baca
ayat-ayat tersebut dengan nada menaik.
5.4
Ayat Perintah
5.4.1 Persembahan
Ayat perintah ialah ayat yang digunakan
untuk menyuruh atau memerintah seseorang supaya melakukan sesuatu. Ayat
perintah mempunyai nada tinggi dan tegas bergantung kepada jenis ayat perintah
berkenaan.
Terdapat empat jenis ayat perintah iaitu:
(a) Ayat Suruhan
(b) Ayat Larangan
(c) Ayat Silaan, dan
(d) Ayat Permintaan
(a) Ayat Suruhan ialah ayat yang dituturkan
dengan motif untuk memberi perintah atau menyuruh orang berbuat sesuatu. Ayat
Suruhan mempunyai nada tinggi dan tegas.
Contoh:
1. Basuh baju ini!
2. Pergi kau dari sini!
3. Balik sekarang!
(b) Ayat Larangan ialah ayat perintah yang
melarang orang melakukan suatu. Perintah yang diberikan adalah perintah untuk tidak melakukan sesuatu. Ayat ini juga
mempunyai nada tinggi dan tegas jika larangan tersebut bersifat paksaan, dan
bernada rendah jika larangan tersebut berbentuk rayuan atau keluhan.
Contoh:
1. Jangan kacau aku! (nada tinggi)
2. Usah dikenang peristiwa lalu (nada rendah)
3. Kau jangan datang lagi (nada tinggi)
(c) Ayat Silaan ialah perintah yang tidak
mempunyai ketegasan sebaliknya bersifat rayuan dan pelawaan. Nada rendah
digunakan untuk ayat jenis ini.
Contoh:
1. Silalah masuk.
2. Sudi apalah kiranya datang ke rumahku.
3. Jemputlah makan.
(d) Ayat permintaan juga tidak bersifat
tegas. Oleh kerana orang yang menuturkan ayat ini ingin meminta sesuatu maka
nada yang digunakan adalah nada rendah tanpa ketegasan.
Contoh:
1. Semua harap bertenang!
2. Tolong kemaskan meja ini.
3. Harap dapat segerakan tugasan itu.
5.4.2 Aktiviti
Bina 10 Ayat Perintah dan kemudian baca
ayat-ayat tersebut dengan nada yang sesuai.
5.5
Ayat Seruan
5.5.1 Persembahan
Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan
dengan membawa nada atau intonasi seruan dengan tujuan untuk melahirkan gambaran
tentang perasaan seperti takut, marah, geram, sakit, hairan dan yang
seumpamanya. Intonasi seruan digambarkan dengan tanda baca seruan (!) pada
hujung ayat.
Contoh:
1. Wah, sungguh cantik rumahmu!
2. Syabas, kita berjaya!
3. Amboi, marahnya dia!
5.5.2 Aktiviti
Bina 10 Ayat Seruan dan kemudian baca
ayat-ayat tersebut dengan penuh emosi yang mengukuhkan penyampaian maksudnya.
6.0
Ringkasan
6.1
Intonasi
ialah nada naik turun dalam pengucapan.
6.2
Tujuan
intonasi adalah untuk mengukuhkan lagi penyampaian maksud ayat di samping
mengindahkan gaya pengucapan.
6.3
Pola-pola
intonasi dalam ayat boleh dilihat melalui penggunaan Ayat Penyata, Ayat Tanya,
Ayat Perintah dan Ayat Seruan.
6.4
Ayat
Penyata dinyatakan dalam nada yang rendah dan mendatar.
6.5
Ayat
Tanya diucapkan dengan nada menaik. Tidak mendatar seperti mengucapkan Ayat
Penyata.
6.6
Ayat
Perintah mempunyai nada yang tinggi kecuali dalam mengucapkan Ayat Perintah
jenis silaan.